Permainan Alat Perkusi

PENGENALAN

Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk mur id
sekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui
pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk
mengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari.

Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan
anggota badan mur id. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka
kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk
semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jaw ab. Oleh yang
demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat
perkusi.

Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan
bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan
sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara
memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat
membina biasaan yang baik dari aw al lagi.

1. TEKNIK PERMAINAN ALAT PERKUSI
Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting
bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik
memainkan alat-alat perkusi yang betul.

1.1 Kastanet

(a) Rupa bentuk
Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua
bahagian yang diikat dengan tali atau getah.

(b) Cara memegang dan memainkan kastanet

i) Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah
dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri.

ii) Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan.

Loceng

(a) Rupa bentuk

Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai.
Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng
logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan
menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.

(b) Cara memegang dan memainkan loceng

Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang
tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri. Kemudian ketuk
pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam
loceng.

Tik-Tok (Double-tone Block)

(a) Rupa bentuk

Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang
dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut.
Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan
bunyi daripada bahagian kiri.

(b) Cara memegang dan memainkan tik-tok

( i) Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan
tangan kanan.
(ii) Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

Tamborin

(a) Rupa bentuk

Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu
atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang
menghasilkan bunyi apabila digoncang. Lazimnya terdapat dua jenis
tamborin iaitu tamborin berkulit dan tambor in tanpa kulit.

Tamborin Berkulit

Tamborin Tanpa Kulit

(b) Cara memegang dan memainkan tamborin

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:

i) Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke
kanan.
ii) Pegang tamborin dengan tangan kir i. Ketuk tepi tamborin atau kulit
tamborin dengan hujung jari tangan kanan.

Kerincing

(a) Rupa bentuk

Kerincing lazimnya diperbuat dar ipada besi dan berbentuk segitiga.
Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya.
Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia
menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

(b) Cara memegang dan memainkan kerincing

i) Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di
tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali
kerincing tidak menyentuh ker incing.

ii) Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran
segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh di sebelah luar
kerincing atau dalam kerincing.

PERHATIAN..!!! Penyelenggaraan

i) Semua alat perkusi dan alat muzik hendaklah disimpan di dalam
sebuah almari khas.

ii) Murid hendaklah dilatih menyimpan alat perkusi dan alat muzik dengan
betul selepas menggunakannya.

iii) Murid hendaklah digalakkan mengamalkan rasa tanggungjaw ab
terhadap keselamatan alat perkusi dan alat muzik kerana sebarang
kecacatan akan menjejas kualiti bunyi alat-alat berkenaan.