Monday, 12 December 2011


Dalam struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Pendidikan Muzik
merupakan mata pelajaran di baw ah bidang perkembangan diri individu. Di samping
memperkembang unsur kesenian pada diri murid, sebagai satu mata pelajaran,
Pendidikan Muzik memberi ilmu pengetahuan dan membina kemahiran yang berkaitan
dengan estetik bunyi. Setelah mengikuti program pembelajaran, murid seharusnya
mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep-konsep dan terminologi yang
berkaitan dengan muzik. Di samping itu, murid harus berpeluang membina kemahiran
menyanyi dan bermain alat muzik supaya unsur seni dalam jiw a mereka dapat
berkembang.

No comments:

Post a Comment